Rangkuman Acara WWDC 2016 : iOS 10

1433
- Iklan -

Acara tahunan anjuran Apple WWDC 2016 sudah pun membuka tirai dan pelbagai pengumuman hala tuju baru dan tambah baik sistem Apple telah pun dilakukan. Jadi mari kita lihat apa perkembangan menarik yang telah berlaku sepanjang WWDC 2016 setakat ini.

iOS 10

Perkembangan iOS 10 mungkin antara berita yang paling dinantikan pada acara ini, dan penantian selama ini agak berbaloi dengan pelbagai berita tambah baik yang dibuat Apple untuk versi terbaru iOS.

Festive Celebration_meitu_11Aplikasi Message merupakan salah satu aplikasi yang menerima ubah suai yang besar, pelbagai fungsi dilengkapkan pada versi terbaru seperti belon animasi, teks boleh padam, emoji saiz besar dan pelbagai lagi.

mapSelain itu, aplikasi Maps juga menerima tambah baik pada sistem antaramukanya dengan butang yang lebih besar dan menu yang lebih mudah digunakan.

11Apple juga memperkenalkan rich notifications, iaitu paparan lock screen baru yang memaparkan lebih banyak informasi kepada anda tanpa perlu anda membuka peranti.

Home smart homeSyarikat Cupertino itu juga buat pertama kalinya memperkenalkan aplikasi Home yang disasarkan kepada mereka yang mempunyai pelbagai peranti Apple di rumah. Melalui aplikasi ini anda boleh mengawal pelbagai peranti dengan hanya menggunakan satu sumber kawalan.

Senarai peranti yang serasi dengan iOS 10Noname

Baca Juga: