Rangkuman Acara WWDC 2016 : macOS Sierra

882
- Iklan -

Acara tahunan anjuran Apple WWDC 2016 sudah pun membuka tirai dan pelbagai pengumuman hala tuju baru dan tambah baik sistem Apple telah pun dilakukan. Jadi mari kita lihat apa perkembangan menarik yang telah berlaku sepanjang WWDC 2016 setakat ini.

macOS Sierra

1.2Pada acara WWDC 2016, Apple telah memperkenalkan sistem operasi terbaru bagi komputer mereka yang dikenali sebagai macOS Sierra yang bakal menggantikan OS X 10.11 El Capitan. Apple telah menukar sistem nama dari OS X ke maxOS, malah telah memperkenalkan pelbagai fungsi baru pada sistem operasi macOS Sierra.

SiriTambah baik pertama yang menarik perhatian adalah integrasi Siri di dalam ekosistem komputer macOS. Sebelum ini pembantu maya Siri hanya boleh diakses melalui peranti mudah alih yang beroperasi menggunakan sistem operasi iOS. Selain itu Apple juga menawarkan kesinambungan akses fail yang disimpan di dalam macOS Sierra, di mana anda boleh mengakses fail tersebut dari mana-mana peranti Mac, iOS dan juga PC.

Auto unlockFungsi keselamatan baru juga telah diberikan kepada macOS Sierra. Fungsi yang dikenali sebgai Auto Unlock ini akan menyahkunci MacBook anda apabila anda berada di kawasan berhampiran dengan MacBook. Syaratnya anda haruslah memakai peranti Apple Watch.

Apple PaySelain itu Apple juga melakukan tambah baik fungsi tab dengan memperkemaskannya untuk aplikasi Maps, Mail, Pages, Numbers dan lain-lain.

 

Baca Juga: