Terbaik Apple! Kemas Kini iOS 9.3.6 & 10.3.4 Ditawarkan Pada iPhone Lama – Prestasi GPS Menerima Penambahbaikan

Apple selain mengumumkan kemas kini iOS 12.4 bagi peranti iPhone, ada berita baik juga kepada pengguna iPhone dan iPad lama kerana mereka juga telah mengedarkan kemas kini iOS 9.3.6 dan 10.3.4 khas untuk peranti iPhone dan iPad lama.

Kemas kini baharu ini lebih menekankan pada penambahbaikan prestasi GPS bagi sistem penjejakan lokasi yang lebih tepat. iPhone 4S, iPad mini, iPad 2 dan iPad 3 dapat menerima kemas kini iOS 9.3.6, sementara iPhone 5 dan iPad 4 akan menerima kemas ini iOS 10.3.4.

You might also like