
Selain memberi peranti baharu OPPO F9 di kedai OPPO atau rakan kongsi e-dagang, telco tempatan Celcom turut menawarkan pelan menarik sebagai altenatif kepada peminat OPPO.
Reviu >> Reviu Eksklusif: OPPO F9, 5 Fokus Utama Di Bawah RM1,399!

Hanya mendaftar pelan First Platinum 148 dan akan memiliki OPPO F9 secara percuma, tambahan kotak hadiah bernilai RM299 juga akan diberikan sementara stok masih ada. Pelanggan boleh mengambil peranti mereka di cawangan Celcom Blue Cube pada hari ini (30 Ogos 2018), yang juga merupakan hari jualan pertama di seluruh negara.
Celcom juga akan menganjurkan pertemuan istimewa “Meet and Greet Zahirah Macwilson” pada 8 September 2018 di Celcom Bluecube Iconic, Sunway. Peminat dengan dialog paling kreatif berpeluang berinteraksi dengan Zahirah dalam acara tersebut.
Maklumat lanjut layari Celcom.