
HTC One A9s, Sokong Spesifikasi Kelas Pertengahan
Seperti yang diramalkan, HTC telah memperkenalkan model terbarunya pada pameran IFA 2016 yang dikenali sebagai One A9s. Peranti berukuran 5.0 inci ini telah dikuasakan oleh pemprosesan MediaTek Helio P10, Octa Core dengan 64-bit.
Ditawarkan dalam dua pilihan memori sama ada 16GB, 2GB RAM mahupun 32GB, 3GB RAM, One A9s turut menyokong bateri berkapasiti 2300mAh bersama teknologi NFC.
HTC yang terkenal dengan rekaan logam masih mengekalkan rekaan yang sama pada One A9s. Sokongan lensa penggambaran utama 13 Megapiksel dengan kamera depan 5 Megapiksel turut diserikan bersama teknologi HTC BoomSound untuk kualiti audio yang lebih menakjubkan.

