
Vivo kini dalam persiapan untuk memperkenalkan pewaris baharu mereka iaitu vivo V17 Pro ke pasaran tempatan. Pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung hari ini dan harga jualan dianggarkan sekitar RM1,758.

Sejak kemunculan sulung pada tahun 2009, siri V sebenarnya cukup terkenal sebagai barisan model perdana yang mengkhususkan pada persediaan kamera dengan resolusi tinggi.Muncul sebagai ahli baru keluaran vivo, model ini bakal membawakan persediaan 6 kamera utama – membolehkan pengguna menangkap pelbagai gambar yang sempurna, tidak mengenal apa sahaja senario. Selain itu, ia juga dilengkapi dua kamera hadapan dengan lensa 32MP + 8MP yang disokong oleh Selfie Softlight dan Super Night Selfie.

Kamera utama vivo V17 Pro menerima pelbagai penambahbaikan yang luar biasa – 48MP(main) + 8MP (Super Wide Angle ) + 2MP (bokeh) + 2MP (super macro lens). Menariknya lagi, model kali ini dilengkapi dengan USB Type-c! Anda teruja menunggu model ini tiba? Kekal bersama eRing untuk maklumat terkini!~

