PUBG MOBILE LANCARKAN MOD PVP ASIMETRIK PERTAMA ‘UNFAIL’, MENAMPILKAN PERTARUNGAN MENDEBARKAN ANTARA PEMANGSA VS. SURVIVOR

 PUBG MOBILE, ialah salah satu permainan mudah alih paling terkenal di dunia, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran rasmi UNFAIL, mod PVP asimetri pertama ke medan pertempuran, selepas kejayaan pratonton di gamescom 2025. Bermula hari ini, pemain boleh menyertai perlawanan pantas lima pemain, bekerjasama untuk bertahan dan mengatasi pihak lawan, menggunakan barangan strategik baharu, serta menguasai medan dinamik untuk mendapatkan kelebihan dalam pertembungan mendebarkan.

Dalam UNFAIL, pemain berdepan aksi ‘pursuit-and-escape’ (buru-dan-lari) di Mylta Power versi baharu di Erangel. Beberapa tahun yang lalu, kebocoran radiasi yang menyebabkan loji kuasa nuklear ditinggalkan dan dipenuhi tumbuhan, manakala pasukan penyelidik dihantar untuk membuka terminal mendapati seorang juruelektrik telah berubah menjadi Predator berbahaya akibat mutasi. Setiap pusingan menampilkan lima pemain, dengan seorang sebagai Predator dan empat yang lain sebagai Survivor. Survivor perlu meneroka kawasan loji yang unik, untuk mengaktifkan terminal supaya mara ke pusingan seterusnya, dan melarikan diri melalui pintu keluar sambil bekerjasama menangkis Predator. Survivor mesti sentiasa berwaspada kerana kemahiran khas Predator membolehkannya menarik pihak lawan, memperlahankan pergerakan, serta menjadi halimunan, menjadikan setiap pusingan satu pertarungan berisiko tinggi.

Pemain boleh memanfaatkan persekitaran dan objek interaktif. Survivor boleh berlindung di sebalik palet yang boleh diterbalikkan, bersembunyi dalam kotak agihan, meluncur melalui halangan elektrik, atau menggunakan alat pemadam api untuk mengaburkan penglihatan Predator. Buah beri boleh dikumpul untuk memulihkan kesihatan, manakala barangan seperti jet gauntlet, AED dan spanar untuk melonjak kelajuan tambahan, penyelamatan lebih pantas, serta pembaikan terminal yang lebih cepat, sekali gus membuka peluang taktikal baharu serta mengiktraf kerja berpasukan.

Mod ini juga memberi ganjaran kepada pemikiran strategik dan kerjasama berpasukan, menawarkan alatan yang membolehkan pemain menguasai pergerakan melalui aksi memanjat tingkap dan meluncur, berinteraksi dengan objek berdekatan, serta mengenal pasti barangan penting ketika pertembungan jarak dekat untuk membimbing Survivor. Sistem pemarkahan membantu menilai prestasi individu serta sumbangan pasukan, manakala paparan kadar denyutan jantung terinspirasi daripada ECG, dapat menambah keterujaan dalam setiap buruan, memastikan setiap pusingan memberikan keseronokan dan strategi yang seimbang.

Mod PUBG MOBILE UNFAIL kini sudah tersedia. Muat turun dan main permainan ini secara percuma di App Store dan Google Play Store untuk mengunakan kandungan terbaru.

You might also like