
Lazada Malaysia berjaya memecahkan rekod jualan sepanjang hari 12.12 tahun lalu di dalam masa 12 jam. Jualan akhir tahun kali ini menyaksikan rakyat Malaysia membeli hampir 100% lebih banyak dari kategori barangan mainan, sukan, dan peranti mudah alih, tibanya musim pemberian hadiah dan azam tahun baru.

Jualan tersebut turut menunjukkan transformasi digital perniagaan di Malaysia yang kuat dan lestari. Hampir 80% lebih banyak jenama LazMall dan perusahaan kecil sederhana (PKS) tempatan mengambil bahagian dalam Lazada 12.12 tahun ini, dan juga lebih 80% peningkatan bilangan perniagaan tempatan yang berjaya menjana jualan atas talian.
Penjual yang mencatatkan prestasi terbaik menggunakan fungsi Sponsored Search semasa Lazada 12.12 menyaksikan pulangan pelaburan (ROI) sehingga RM1,000 bagi setiap RM1 yang dibelanjakan, manakala lebih 600 peniaga telah mendapati keseluruhan jualan mereka melalui fungsi Sponsored Affiliate pada hari itu.
Di antara fungsi lain yang ditawarkan di dalam rangkaian pemasaran Lazada Malaysia semasa jualan 12.12 baru-baru ini adalah fungsi strim langsung dan juga LazGames di dalam aplikasinya. Rancangan penstriman secara langsung Chief Discount Officer Show mencatatkan kira-kira 2 juta tontonan di seluruh negara. LazGames juga turut menarik perhatian rakyat Malaysia, dengan lebih 7 juta koin dikumpul oleh para pengguna di dalam tempoh seminggu menjelang 12.12, dan lebih 2 juta koin ditebuskan untuk ganjaran semasa 12 Disember.
Keyakinan terhadap eDagang di kalangan pembeli Malaysia dapat dibuktikan melalui kenaikan purata tambah nilai ke dalam Lazada Wallet, yang meningkat lebih 40% berbanding degan tahun lalu pada 12.12. Satu lagi petunjuk jelas dapat dilihat menerusi LazadaForGood, platform bantuan digital Lazada, yang berjaya mengumpulkan sumbangan lebih RM30,000 dalam tempoh seminggu untuk badan-badan NGO.
Memandangkan rakyat Malaysia kini semakin yakin untuk menggunakan pembayaran digital bagi aktiviti pembelian atas talian dan kehidupan seharian mereka, momentum pertumbuhan eDagang pada 2021 dijangka akan berterusan.

