Perkhidmatan WiFi di Gunung Everest

Pendaki Gunung Everest menarik nafas lega apabila Lembaga Telekomunikasi Nepal (NTA) telah memasang sambungan WiFi di base camp Annapurna dan sepanjang Kem Pusat Lukla pada bulan lalu. Kemudahan percuma ini memudahkan pendaki menghubungi pihak keselamatan jika berlaku kecemasan. Pendaki Gunung Everest juga boleh mengambil kesempatan berkongsi gambar di media sosial menggunakan WiFi percuma ini.

Oleh itu, Gunung Everest menjadi kawasan yang mendapat gelombang Wifi tertinggi di dunia di ketinggian 5360 meter dari paras laut. Sebelum ini, para pendaki menyewa telefon satelit untuk berkomunikasi yang kosnya sangat tinggi walaupun waktu bercakap yang singkat.

Kumpulan teknikal menggunakan kabel gentian optik kos rendah dan jenis khas yang tahan lasak serta kukuh, supaya dapat bertahan dalam cuaca ekstrem mahupun runtuhan salji. Pada masa yang sama, Pengerusi NTA, Digambar Jha berkata pihaknya merancang untuk menambah lagi perkhidmatan WiFi ini di kawasan lain seperti Banjaran Himalaya.

You might also like