
Motorola Moto G4 Play Kini Menerima Kemas Kini Android Nougat
Motorola Moto G4 telah dilancarkan dengan tiga model iaitu Moto G4, Moto G4 Plus, dan Moto G4 Play. Pada tahun lepas dua model telah menerima kemas kini Android Nougat bagaimanapun setelah menunggu hampir enam bulan, akhirnya pengguna Moto G4 Play mampu tersenyum apabila Motorola mula mengeluarkan kemas kini Android Nougat kepada mereka.

Kemas kini ini membawakan versi Android 7.1.1 Nougat yang didatangkan bersama patch keselamatan bulan November. Pada masa sama, syarikat berkenaan masih tidak memberikan sebarang sebab mengapa kemas kini untuk Moto G4 Play dilewatkan.
Jika anda salah seorang pengguna peranti ini, cuba semak mana tahu kalau dah boleh muat turun.

