Emoji Baru Untuk WhatsApp Peranti Android

1Emoji kini menjadi menjadi satu elemen wajib di dalam komunikasi moden. Bermula dari grafik asas smiley, kini emoji berkembang kepada hampir 2000 watak-watak yang unik. Dari masa ke masa, ada sahaja emoji baru yang diperkenalkan dan pada kebiasaannya platform iOS merupakan yang terawal menawarkan emoji terbaru kepada penggunanya. Bagi pengguna peranti iOS, mereka sudah pun menggunakan emoji terbaru pada awal Disember lalu dan kini sudah tiba masa bagi pengguna Android pula.

WhatsApp versi Beta telah menambah emoji terbaru dari Unicode 9.0 berasaskan Android 7.1. Namun anda tidak perlu risau sekiranya anda masih belum menggunakan Android 7.1, kerana anda masih boleh menggunakan emoji tersebut dengan butang emoji WhatsApp. Emoji terbaru ini menawarkan karakter yang unik seperti muka badut, selfie, variasi makanan dan banyak lagi. Anda boleh mencuba emoji terbaru ini dengan menjadi pengguna WhatsApp versi Beta.

Untuk mendaftar sebagai pengguna Beta, sila layari laman WhatsApp Beta ini.

You might also like