
Sehingga hari ini perkhidmatan penstriman video, iflix telah mencatatkan sebanyak 10 bilion minit tontonan semejak ia ditubuhkan pada tahun 2014. Syarikat yang dibangunkan dan berpengkalan di Kuala Lumpur ini telah menunjukkan kemajuan tahun demi tahun selepas melancarkan perkhidmatan mereka di beberapa negara di timur tengah pada April lalu.

Kini iflix telah ditawarkan di 25 negara di Asia, Timur Tengah, Afrika, dan Malaysia dengan lebih 5 juta pelanggan. Iflix juga telah menambah kandungan rancangan di dalam perkhidmatan mereka termasuk siri eksklusif KL Gangster : Underworld bermula pertengahan tahun hadapan.

Untuk menyambut angka 10 bilion ini, iflix kini sedang mengadakan peraduan di mana anda boleh mendapatkan langganan selama setahun (bernilai RM96) secara percuma dengan hanya menjawab satu soalan mudah.

Anda yang inginkan hadiah berkenaan, perlu menjawab dan menghantar jawapan di Facebook iflix pada jam 11am, 12pm, 1pm dan seterusnya bersama tanda pagar telkom yang digunakan. Dua pemenang bertuah akan dipilih setiap jam sekaligus akan memenangi langganan percuma iflix selama setahun.

