Huawei Enjoy 7S Dilancarkan Dengan Paparan FullView Display

Huawei telah melancarkan sebuah telefon pintar terbaru di pasaran China yang dinamakan Huawei Enjoy 7S. Peranti kelas pertengahan ini hadir dengan paparan 18:9 hampir penuh bersaiz 5.65 inci FHD+ beresolusi 2160 x 1080p. Telefon ini turut dikuasakan oleh cip Kirin 659 dan memori RAM 3GB / 32GB storan dan 4GB / 64GB dalam dua varian yang berbeza.

Dibahagian belakang terdapat konfigurasi dwi kamera 13 MP + 2 MP yang menyokong ciri bokeh, sementara kamera depan menyediakan sensor 8 Megapiksel. Selain itu, sebuah bateri sebesar 3,000mAh dipadatkan ke dalam badan bersama teknologi Super Charge.

Huawei Enjoy 7S yang menggunakan Android Oreo dan EMUI 8.0 didatangkan dengan pilihan warna hitam, biru, emas, dan emas ros pada harga CNY1,499 (kira-kira RM924) dan CNY1,699 (kira-kira RM1,047) masing-masing untuk varian 3GB/32GB dan 4GB/64GB.

Buat masa ini, pra-tempahan hanya dibuka di pasaran China pada 22 Disember depan.

You might also like