
Xiaomi Mi 9 Transparent Edition Bakal Hadir Dengan Ketersedian RAM Sehingga 12GB
Xiaomi bakal membawa pewaris baharu mereka iaitu Xiaomi Mi 9 pada 20 Februari ini (ESOK). Ketirisan maklumat mendedahkan model ini bakal hadir dengan cip pemproses Snapdragon 855, sokongan sistem tri-kamera dan pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Baru-baru ini, Lei Jun telah pun mengacah Xiaomi Mi 9 Transparent Edition – ketersediaan sokongan sistem tri-kamera utama seperti Mi 9 biasa. Versi ini dikatakan bakal mempunyai kamera utama 48MP, tetapi ia menggunakan lensa 48 MP 7P f/1.47 dan bukannya lensa 6P f/1.75 seperti Mi 9 biasa.

Dari segi reka bentuk, Xiaomi Mi 9 Transparent Edition kelihatan seakan Xiaomi Mi 8 Explorer Edition. Keunikan pada versi ini, ia menggunakan panel belakang lutsinar dengan ketebalan hanya 0.4mm bersama kemasan rekaan kompenan palsu lebih menawan. RAM juga dipertingkatkan sehingga 12GB. Turut kelihatan gegelung untuk pengecasan tanpa wayar.
[SUMBER]
______________________________________________________________________
Artikel Berkaitan :
- Hasil Gambar Terdedah! Xiaomi Mi 9 Sah Menjana Kamera 48MP + Sokongan 4cm Makro
- Pendedahan Ujian Benchmark Xiaomi Mi 9 – Mendahului Kirin 980 Sebanyak 26%!
- Reka Bentuk Penuh Xiaomi Mi 9 Kini “Bocor” – Dilengkapi Sistem Tri-Kamera Utama, Takuk Kecil
- Rasmi! Bertemu Xiaomi Mi 9 @ 20 Februari 2019 Nanti!

