iPhone XC – C untuk ‘Cheap’?!

Masih ingat Apple pernah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan iaitu iPhone 5C? Setelah agak lama tidak memperkenalkan sebarang telefon pintar kelas pertengahan, kini Apple dikhabarkan kembali dengan model iPhone XC untuk pasaran China.

Ia merupakan model alternatif bagi iPhone X, yang telahpun diperkenalkan di pasaran tempatan berharga RM5,149 untuk 64GB. Sepertimana iPhone 5C, kerangka iPhone XC telah digantikan dengan plastik berbanding panel kaca pada model sebelum ini. Jadi ia secara tidak langsung dapat mengelakkan masalah retak.

Masih mengekalkan pengecasan tanpa wayar, iPhone XC hadir dengan lima pilihan warna sama seperti iPhone 5C. Spesfikasi lain masih belum diberitahu, tunggu sahaja pelancaran rasmi nanti ya!

You might also like