
HARGA: RM 549
Xiaomi sudah dikenali dengan peranti yang menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding jenama lain. Mereka telah melancarkan sebuah model yang diberi nama Redmi Note 5A, salah satu ciri utama yang ada pada model ini adalah ia didatangkan dengan kamera belakang sensor 13 Megapiksel, dioperasikan oleh Android 7.1.2 Nougat serta menampilkan paparan skrin 5.5 inci HD 720p.
PAKEJ PEMBELIAN
- Kotak pembungkusan
- Xiaomi Redmi Note 5A
- Adapter pengecas
- Kabel microUSB
- Buku panduan
- Pin slot
PERBEZAAN SPESIFIKASI
REKA BENTUK
Rekaan Unibodi
Walaupun hadir di dalam kelas pertengahan, Redmi Note 5A masih menawarkan rekaan unibodi yang dibina menggunakan polikarbonat yang mana kita sekali lagi dapat melihat rekaan 2.5D pada model ini. Menampilkan paparan skrin 5.5 inci dengan ketebalan hanya 7.55mm dan seberat 150g sahaja.
Kamera Utama & Depan
Memandangkan peranti ini hadir dalam kelas pertengahan, ia dibekalkan dengan kamera hadapan beresolusi 5 Megapiksel untuk penggambaran swafoto. Sementara itu, kamera utama masih dikekalkan resolusi 13 Megapiksel. Lebih menarik, Xiaomi tetap menyediakan sebuah LED flash yang sesuai untuk penggambaran di kawasan yang kurang pencahayaan.
Slot Kad
Berbeza dengan telefon pintar yang ada di pasaran sekarang kerana kebanyakan menyokong kad SIM jenis hibrid. Tetapi dengan Redmi Note 5A, kehadiran tiga slot kad secara tidak langsung memudahkan anda untuk menggunakan kad SIM dan microSD tanpa perlu membuat pilihan yang terletak di sisi kiri smartphone.
Port Audio & USB
Seperti biasa, pada bahagian atas Redmi Note 5A telah disediakan dengan sebuah port 3.5mm audio jack, mikrofon dan juga sensor InfraMerah yang boleh digunakan untuk mengawal peralatan elektrik. Manakala bahagian bawahnya pula tersedia dengan sebuah port USB 2.0 untuk kegunaan mengecas serta dua buah speaker.
Di sini sahaja reviu untuk luaran Xiaomi Redmi Note 5A, adakah berbaloi dimilik? Baca reviu seterusnya…
Baca juga




