Reviu Eksklusif: Xiaomi Redmi Note 5A, Kenapa Perlu Memilikinya?!

KENAPA PERLU MEMILIKI TELEFON PINTAR INI?!

Kerangka luaran Xiaomi Redmi Note 5A yang hadir dengan rekaan unibodi ini sangat selesa dipegang, tambahan dengan tawaran harga serendah RM549 ini sangat menarik peminatnya. Bagaimana pula keupayaan peranti ini? Kenapa perlu memilikinya? Baca selanjutnya…

Baca juga: Reviu Eksklusif: Xiaomi Redmi Note 5A, Peranti Pertengahan Pada Harga Mampu Milik

 

Android Nougat

Dioperasikan oleh Android 7.1.2 Nougat, Redmi Note 5A masih mengekalkan paparan antaramuka MIUI sepertimana peranti Xiaomi sebelum ini.

 

Penggambaran

Jika kebanyakan peranti kelas pertengahan hanya dibekalkan dengan kamera beresolusi 5 Megapiksel mahupun 8 Megapiksel, tetapi berlainan sekali dengan Redmi Note 5A ini.

Penggambaran utama beresolusi 13 Megapiksel telah diserikan dengan pelbagai mod menarik di antaranya Beautify, Panorama, HDR, Scene dan beberapa lagi.

Manakala lensa swafoto beresolusi 5 Megapiksel juga menyokong mod Beautify yang boleh dilaraskan mengikut keinginan anda.

 

HASIL GAMBAR

Low Light
Night Mode
Swafoto

 

Permainan Mudah Alih

Kami yakin ramai di kalangan pengguna telefon pintar yang suka bermain permainan mudah alih pada telefon pintar mereka. Adakah peranti ini sesuai? Bagi eRing, ianya boleh dipertimbangkan kerana walaupun dibekalkan dengan RAM 2GB, tetapi Redmi Note 5A telah dikuasakan oleh Snapdragon 425 dengan pemproses Quad-core 1.4GHz serta GPU Adreno 308 yang pastinya lancar tanpa sebarang masalah lagging.

 

Security

Hampir kebanyakan telefon pintar hari ini telah didatangkan dengan aplikasi Phone Manager, Redmi Note 5A juga telah didatangkan dengan aplikasi sama yang dikenali sebagai Security. Aplikasi pra-pasang ini membantu anda menguruskan peranti seperti memastikan sistem sentiasa dioptimumkan, memantau trafik data, memadam fail yang tidak diperlukan dan pelbagai lagi.

 

Dual Apps

Bagi pengguna yang mempunyai dua akaun sosial, dengan telefon pintar ini anda kini boleh menggunakan kedua-dua akaun ini. Fungsi yang dipanggil Dual Apps yang boleh menjalankan dua aplikasi serentak pada satu peranti dengan menggunakan akaun berbeza. Bagi membezakan aplikasi yang telah diklon, terdapat tanda kecil untuk akaun kedua.

 

Mod Sebelah Tangan

One-hand Mode atau lebih dikenali sebagai mod sebelah tangan nampaknya lebih praktikal kepada pengguna, terutamanya yang menawarkan paparan skrin besar. Lebih menarik, Redmi Note 5A juga membolehkan anda mengakses skrin lebih kecil yang boleh dipilih saiznya iaitu 3.5 inci, 4.0 inci dan juga 4.5 inci.

 

INFO!

▲ Untuk mengecas penuh telefon pintar ini adalah 2 jam 45 minit.

 

▲ Kehadiran mod Lite memudahkan telefon pintar ini digunakan oleh warga tua.

 

▲ Terdapat butang pintas, Quick ball yang boleh digunakan untuk lima butang pintas.

 

▲ App Lock membolehkan anda menyimpan gambar, video, aplikasi mahupun sosial mereka yang tidak bertanggungjawab.

 

KOMEN EDITOR

PRO
  • Harga yang mampu milik, berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan.
  • Dioperasikan oleh Android 7.1.2 Nougat.
  • Menampilkan paparan skrin berukuran 5.5 inci dengan resolusi HD 720p.
  • Rekaan berkualiti walaupun diperbuat daripada bahan polikarbonat.
  • Kamera 13 Megapixel dengan sokongan PDAF untuk fokus yang lebih pantas.

 

KONTRA
  • Bateri yang tidak boleh ditukar ganti memandangkan telefon pintar ini menyokong kerangka unibodi.
  • Tiada sokongan pengimbas cap jari untuk fungsi keselamatan.
  • Sokong kapasiti RAM yang agak rendah dan dilihat agak ketinggalan.
  • Masih menyediakan port microUSB dan bukannya USB Type-C.

 

You might also like