OPPO Enco X VS Airpods Pro!!! Yang Mana Lebih Berbaloi Untuk Dibeli!!

Permintaan earphones TWS dalam pasaran kian hari kian tinggi dalam dua tahun ini, sama ada untuk kerja atau hiburan. Earphones TWS telah menjadi salah satu aksesori yang penting untuk pengguna. Baru-baru ini, OPPO telah melancarkan Enco X yang terbaru, dan menarik perhatian peminat earphones TWS Bluetooth, dan ada yang rasa OPPO Enco X mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan AirPods Pro. Adakah ini benar? Marilah membandingkan fon telinga OPPO Enco X dan AirPods Pro dengan admin untuk melihat kedua-dua earphones TWS yang dikatakan benar-benar serupa oleh netizen.

Rupa sebenarnya dari segi 360 °

Dari segi reka bentuk, Enco X dan AirPods Pro nampaknya macam serupa je. Pegangan telinga kedua-dua earphones TWS kelihatan beza sedikit. AirPods Pro mempunyai reka bentuk lengkung yang lebih bersepadu, manakala Enco X mempunyai pemegang telinga yang tegak, dan mempunyai lapisan yang lebih terang dari segi penampilan. Reka bentuk OPPO Enco X kelihatan lebih menarik!

Sebaliknya, badan AirPods Pro agak besar, dengan berat telinga tunggal ialah 5.4g; dan berat telinga tunggal Enco X hanya 4.8g, tetapi kedua-duanya tidak akan mempengaruhi pengalaman pemakaian, dan tidak akan membawa terlalu banyak beban.

Kedua-dua kotak earphones TWS menggunakan reka bentuk yang kelihatan bulat, tetapi AirPods Pro kelihatan lebih persegi; manakala Enco X mempunyai  satu bulatan bintang yang berwarna perak.

Kedua-duanya menggunakan reka bentuk bukaan atas, tetapi earphones TWS diletakkan dengan posisi yang berbeza. Earphones Enco X diletakkan secara simetri dan menghala ke arah luar; manakala AirPods Pro menghala ke arah dalam.

Noise cancellation

Dari segi noise cancellation, Enco X dan AirPods Pro mempunyai kedalaman noise cancellation sampai 35Db. Namun, setelah diuji, admin dapati bahawa pengalaman penggunaan AirPods Pro lebih baik daripada Enco X. Walau bagaimanapun, jika korang hanya guna untuk penggunaan seharian, noise cancellation bagi kedua-dua earphones TWS ini agak baik.  Pengguna masih dapat menumpukan perhatian untuk mendengar muzik kegemaran walaupun berada di persekitaran yang bising di luar.

Yang perlu disebutkan bahawa Enco X telah menambahkan mod noise cancellation yang lebih lemah berdasarkan noise cancellation yang disediakan. Fungsi ini terutamanya disediakan untuk pengguna yang tidak biasa dengan penggunaan noise cancellation dalam earphones TWS kerana rekaannya memberi tekanan yang lebih kecil untuk telinga, dan mengurangkan rasa ketidakselesaan yang dihasilkan oleh tekanan telinga. Pengguna juga boleh menambahkan fungsi ini ke operasi sentuhan melalui settings dalam “HeyMelody”.

Setelah mencuba noise cancellationnya, cubalah mod transmisinya. Namun begitu, menurut hasil ujian sebenar, AirPods Pro juga lebih baik dan lebih sesuai dari segi resolusi vokal, tetapi OPPO Enco X juga berjaya mencapai kejelasan yang mencukupi serta noise cancellation dalam panggilan.

Pengalaman Kualiti Suara

Selain fungsi noise cancellation, kualiti suara earphones TWS juga merupakan sebahagian yang sangat penting. Sudah tentu, kualiti suara kedua-dua earphones TWS ini terjamin dan menyediakan pengalaman pengguna yang baik. Antaranya, AirPods Pro yang dilengkapi dengan cip H1 dan unit pemacu yang disempurnakan; sementara Enco X dilengkapi dengan unit gegelung 11mm dan unit diafragma rata 6mm. OPPO Enco X juga dilancarkan bersama dengan pasukan profesional pengeluar audio Hi-Fi antarabangsa, Dynaudio, dan mendapat prestasi suara yang baik sama ada dalam bass, treble dan vocal. Perinci suaranya juga luar biasa, tetapi kesan bunyi Enco X kurang tertumpu berbanding dengan AirPods Pro, tetapi keseluruhannya agak baik.

Operasi Sentuhan

Operasi sentuhan yang asas seperti henti atau mainkan lagu, menghidupkan mod noise cancellation atau mainkan lagu yang seterusnya dapat dicapai dengan mudah melalui menyentuh pemegang telinga, tetapi Enco X hanya memerlukan sentuhan; manakala Airpods Pro memerlukan penekanan dua jari. Walau bagaimanapun, Enco X mempunyai satu operasi sentuhan tambahan berbanding dengan AirPods Pro. Pengguna boleh meluncur ke atas dan ke bawah secara langsung di Enco X untuk menyesuaikan kelantangan; sementara AirPods Pro membenarkan pengguna melakukannya dengan memanggil Siri atau secara manual.

Dari segi penghubungan peranti, semua peranti yang telah disambungkan ke Airpods Pro hanya perlu memohon sambungan dalam senarai Bluetooth, dan korang boleh ditukarkan antara peranti dengan lancar pada bila-bila masa semasa korang mendengar lagu. Bagi peranti yang disambungkan ke Enco X, pengguna boleh dihubungkan walaupun korang tidak menggunakannya. Semasa korang menghubungkan dengan peranti yang lain, korang perlu putuskan Bluetooth untuk peranti yang sedang menggunakannya.

Sudah tentu, Enco X menyokong penekanan ultra panjang untuk menukar peranti dengan settings di aplikasi “HeyMelody” untuk mengatasi masalah ini. Jika korang menekan pemegang earphones TWS lebih dari 3 saat, korang boleh beralih di antara kedua-dua peranti yang baru disambungkan, tetapi peranti yang korang dengar lagu perlu dihentikan dahulu. Tindakan beralih ini tidak dapat dilaksanakan semasa mendengar lagu, dan hanya terhad untuk beralih antara dua peranti. Enco X tidak dapat menyokong sebarang peranti yang anda sukai seperti AirPods Pro, tetapi salah satu kelebihan operasi sentuhan ini ialah pengguna dapat menyimpan senarai Bluetooth untuk mengurangkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk menyambung dengan senarai Bluetooth satu kali lagi.

Apa Kata Editor!

Dari pelbagai aspek perbandingan di atas, OPPO Enco X mempunyai prestasi yang sangat baik dari segi penampilan, prestasi noise cancellation. OPPO Enco X tidak mempunyai banyak perbezaan dengan Airpods Pro yang kuat. Walau bagaimanapun, OPPO Enco X juga menyediakan lebih banyak mod noise cancellation dan menyesuaikan mod mengikut persekitaran yang berbeza. Yang paling penting ialah harga OPPO Enco X ialah RMB 999 (kira-kira RM632) berbanding dengan Airpods Pro yang berharga RM1099, OPPO Enco X lebih berbaloi. Jika korang mempunyai keperluan yang tinggi untuk kualiti bunyi, tetapi ada bajet yang terhad, OPPO Enco X wajib menjadi salah satu pilihan korang!

You might also like