
Sonata Software akan memanfaatkan Pasaran Pengalaman Pelanggan (CX) untuk menjana pertumbuhan
![]() |
Mengumumkan pelancaran global ‘CXe’, penyelesaian pengurusan CX bersepadu Sonata yang unik direka khas untuk kehidupan normal baharu
BENGALURU, India, 23 Mac 2021 /PRNewswire/ — Sonata Software, sebuah syarikat penyelesaian perkhidmatan IT dan teknologi global, hari ini mengumumkan rancangannya untuk memanfaatkan pasaran pengalaman pelanggan (CX) untuk menjana pertumbuhan dengan pelancaran ‘CXe’, penyelesaian pengurusan CX bersepadu yang unik yang telah dibangunkan menggunakan pendekatan ‘Platformation’, iaitu rangka kerja Sonata yang terkenal untuk transformasi digital. ‘CXe’ merupakan tawaran menarik daripada Sonata yang direka untuk para pelanggan yang mencari penyelesaian lengkap CX holistik dalam normal pasca pandemik baharu di seluruh dunia.
Kesan global pandemik belum pernah terjadi sebelum ini dan pasaran CX menyaksikan peningkatan ketara di segenap rantau. Menurut kajian oleh Fortune Business Insights, pasaran tersebut diunjurkan untuk bercambah daripada USD9.26 bilion pada tahun 2020 kepada USD21.86 bilion pada tahun 2027 pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) sebanyak 13.0% bagi tempoh antara tahun 2020 hingga tahun 2027.
Pada bulan Mac 2020, Sonata telah mengambil alih GBW yang berpusat di Melbourne, perintis dalam domain CX dengan pengalaman selama 30 tahun dalam menyampaikan peningkatan CX untuk jenama terkenal di seluruh dunia. ‘CXe’ ialah hasil gabungan kaedah Pengurusan CX dan kepakaran GBW yang ditambah dengan metodologi Platformation Sonata yang memacu transformasi digital dan kepakaran yang mendalam dalam teknologi sejajar seperti penglibatan, data dan analisis pelanggan.
“Walau apa pun tingkah laku pelanggan yang sedang mengalami perubahan ketika pasca pandemik ini, asas-asas bagi memastikan CX yang hebat tetap sama. Dengarkan kehendak pelanggan dengan bersungguh-sungguh & bertindak berdasarkan maklum balas tersebut. Perancangan rapi tentang program CX melibatkan pemahaman yang memacu pengalaman pelanggan yang hebat dalam perjalanan pelanggan dan kitaran hayat mereka dan menggunakan pemahaman mendalam ini untuk mereka bentuk program CX yang hebat,” kata Srikar Reddy, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Sonata Software, semasa mengumumkan pelancaran ‘CXe’. “Suatu perancangan rapi di sepanjang program pengukuran CX adalah penting untuk memastikan keberkesanan program ini. Komponen pengukuran CX yang berbeza adalah saling berkait & merupakan suatu gabungan audit Misteri, beli-belah misteri & disepadukan ke dalam program aVOC melalui platform data biasa yang akan melengkapkan anda dengan kaedah asas untuk memastikan pelanggan anda mendapat CX yang konsisten dan hebat.”
CX telah lama dinanti-nantikan oleh kebanyakan perniagaan, mereka yang menggunakan perkhidmatan ini menikmati kesetiaan pelanggan, menarik mereka berbelanja lebih banyak dan meraih sokongan mereka – dari mulut ke mulut, menurunkan kos untuk memperoleh pelanggan baharu, jadi, adalah tidak mengejutkan apabila melihat kebanyakan syarikat memanfaatkan program yang meminta maklum balas daripada pelanggan. Walau bagaimanapun, mengikut Sonata, berdasarkan kajian Analyst dan pengalaman GBW, hanya satu daripada lima atau enam syarikat berjaya memperolehinya. Bagi yang lain, keuntungan yang boleh dijana oleh CX masih kekal sebagai impian yang sangat didambakan. Memandangkan perubahan pada tahun lepas apabila perjalanan pelanggan telah bertukar bagi kebanyakan syarikat, tugas tersebut telah menjadi semakin sukar. Ini telah memberi peluang yang besar kepada Sonata untuk melancarkan penyelesaian CX, ‘CXe’ yang dipertingkatkan kepada pelanggan sedia ada dan maklum balas awal daripada pelanggan di seluruh dunia adalah amat memberangsangkan. Sonata kini sedang mengumpulkan pasukannya untuk menawarkan penyelesaian kepada lebih ramai pelanggan baharu selain meningkatkan pelaburan dalam pembangunan penyelesaian dan pemasaran dengan peluang yang diwujudkan oleh CX.
Bekas Pengarah Urusan Dairy Farm dan penasihat kepada banyak syarikat terkemuka, Venkatesh Parthasarathy berkata, “Penyelesaian CX yang dipertingkatkan oleh Sonata ini sememangnya unik dan memulihkan bahagian-bahagian yang bermasalah ketika pasukan saya menggunakan vendor yang berlainan bagi setiap program dan kehilangan peluang untuk bersama-sama melihat pelanggan, namun kelebihan yang tetap ada ialah kemampuan untuk melihat kesan program CX dalam perniagaan anda.”
Grant Salmon, Ketua Pegawai Eksekutif GBW (kini menjadi Sonata Software Company) dan seorang veteran dalam industri menambah, “Pengalaman GBW selama lebih 30 tahun memberi kami kefahaman tentang mengapa syarikat-syarikat gagal dengan program pengurusan CX mereka, pertama sekali adalah kerana ramai yang tidak mempunyai wawasan dengan hanya mengukur satu peringkat dalam perjalanan pelanggan dan bukannya perjalanan yang lengkap. Seterusnya, terdapat banyak penggunaan platform kegunaan kendiri yang hebat dikendalikan oleh pakar, tetapi ramai pelanggan terkeliru antara automasi dengan pengetahuan & kepakaran. Kemudian terdapat kes yang melibatkan data yang berselerak kerana adanya pasukan dalam talian & runcit, lalu menyebabkan program Maklum balas pelanggan & pembelian Misteri mengabaikan faktor bahawa pelanggan adalah satu dan pasukan yang perlu bertindak berdasarkan maklum balas dapat berfungsi dengan lebih baik sekiranya mereka dapat melihat maklum balas bersama-sama berbanding secara berseorangan. Akhir sekali, anda perlu mengetahui sama ada CX anda memberi kesan kepada hasil perniagaan anda dan jika program anda tidak memberikan anda kebolehlihatan, anda akan kehilangan minat. Itulah sebabnya kami memperkenalkan ‘CXe’ dengan penawaran program yang serba lengkap yang dapat menangani cabaran-cabaran yang ada pada program konvensional.”
Untuk Maklumat Lanjut tentang Sonata Software, sila layari: www.sonata-software.com
Untuk maklumat lanjut tentang media sahaja, sila hubungi :
Nandita Venkatesh
Sonata Software Limited
CIN- L72200MH1994PLC082110
A.P.S. Trust Building,
Bull Temple Road, N.R. Colony
Bangalore 560019, India
Tel: +91 80 67781999
Nandita.v@sonata-software.com
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE