
[GEMPAK] Selebriti Terkenal Korea Gong Yoo Menjadi Duta ASUS?!!

Khabar angin sebelum ini mengatakan peranti flagship ASUS ZenFone 4 akan dilancarkan pada bulan September. Bagaimanapun, khabar angin yang terbaru mengatakan majlis pelancaran untuk model flagship ini akan diadakan di Taiwan pada bulan Ogos nanti.

Menurut Pengerusi ASUS, Jonney Shih telah memutuskan untuk melantik selebriti terkenal Korea, Gong Yoo sebagai duta bagi benua Asia. Supaya mendapat kesan pengiklanan yang lebih baik, tindakan sebegitu adalah amat diperlukan. Jika anda sudah menonton filem zombi Train to Busan, pasti watak utama itu sudah anda kenal. Bagi yang belum menonton filem tersebut, Gong Yoo juga memegang watak dalam drama bersiri Goblin yang menjadi fenomena di seluruh dunia.
Berbalik kepada ASUS ZenFone 4, kemungkinan peranti ini akan hadir dengan sokongan dwi kamera, tetapi ia juga tidak mustahil hadir dengan sistem tiga kamera yang sudah digunakan pada ASUS ZenFone AR. Walau bagaimanapun, eRing akan kongsikan berita-berita dan khabar angin terkini sebelum majlis pelancaran nanti kepada anda.