Enaknya Huawei Enjoy 7 Rasa Ayam KFC

Haruman bau ayam KFC sudah cukup membuat perut berentak-rentak bagai studio jamming, inikan pula kalau telefon diperbuat daripada ayam KFC. Jangan percaya, itu semua gimik dan gurauan sahaja!

Baru-baru ini Huawei telah melancarkan telefon pintar Huawei Enjoy 7 edisi khas KFC dengan potret Encik Colonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken di belakang. Peranti ini juga lebih dikenali sebagai Huawei Y7 Prime dengan paparan 5.5 inci HD yang baru sahaja dibawa masuk pada awal bulan yang lepas.

Bagi menyambut ulang tahun ke-30 cawangan pertama KFC di Beijing, Huawei bekerjasama menghasilkan sebanyak 5,000 unit Huawei Y7 Prime dengan harga CNY1,099 (kira-kira RM688) untuk dijual di sana. Nampak menarik bukan, tetapi tidak mungkin dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan edisi standard Huawei Y7 Prime di kedai-kedai sah yang berdekatan dengan tanda harga RM999.

You might also like