
Google Play Movies Kini Menyokong Video Main Semula 4K HDR
Pada tahun lepas Google Play Movies menawarkan ciri sokongan video main semula berkualiti 4K, hari ini secara senyap-senyap Google Play telah menyokong kualiti main semula sehingga 4K HDR, malah para pengguna kini boleh mengambil kesempatan menggunakan ciri ini di TV pintar masing-masing.
Di samping itu, kepada pemilik Sony Xperia XZ premium, LG G6 dan Samsung Galaxy S8 , mereka juga boleh menikmati ciri ini. Namun, Google mengesyorkan ianya digunakan pada TV HDR yang disambung menggunakan Google Chromecast Ultra. Seterusnya, buat masa ini hanya beberapa filem sahaja yang tersedia untuk ditonton, dan lebih banyak lagi akan ditawarkan pada masa akan datang.
Berita baik ini boleh digunakan oleh seluruh pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada. Sementara, pengguna di Malaysia masih belum boleh dinikmati.

