
HUAWEI Mate X2 Kini Rasmi – Dijual Pada Harga Bermula Dari RM11259

HUAWEI Mate X2 kini sudah rasmi di pasaran. Jom kita lihat spesifikasi peranti ini.

Kali ini, HUAWEI menggunakan rekaan lipat ke dalam. Ketika telefon ini dibentangkan, ia mencapai 8 inci dan ketika ia dilipat, ia bersaiz 6.45 inci. Ia hadir dengan kadar segar semula 90Hz.
Ia juga turut dihadirkan dengan kadar nisbah skrin ke kerangka 8:7:1 yang sangat baik bagi peranti boleh lipat.

Badannya dilengkapi dengan ultra-thin large-amplitude dual speakers yang memberikan bunyi yang lebih baik.
Hadir dengan 4 varian warna iaitu Bright Black, Glaze White, Ice Crystal Powder dan Ice Crystal Blue.

Peranti ini hadir dengan pemproses Kirin 9000. Kapasitinya pula dihadirkan dengan 4500mAh dan menyokong 55W Fast Charging.


Bagi kamera pula, ia hadir dengan 50MP + 12MP + 8MP + 16MP + 16MP. Anda boleh mengambil gambar selfie dengan menggunakan kamera belakang apabila anda membuka telefon ini.
Berikut adalah harga peranti ini.
- Versi 256GB: RMB 19,77 (kira-kira 11259)
- Versi 512GB: RMB18999 (kira-kira 11884)