
Entiti teknologi dan media bergabung untuk mewujudkan set yang standard bertujuan membina kepercayaan terhadap kandungan dalam talian
Adobe, Arm, BBC, Intel, Microsoft dan Truepic membentuk gabungan untuk membangunkan standard serba lengkap dan terbuka bagi mengesan asal usul serta evolusi kandungan digital
SAN JOSE, California dan REDMOND, Washington, 22 Februari 2021 /PRNewswire/ — Sekumpulan syarikat teknologi dan media berpengaruh telah bekerjasama membentuk Gabungan Asal Usul dan Ketulenan Kandungan (Coalition for Content Provenance and Authenticity, C2PA), sebuah projek Asas Pembangunan Bersama bertujuan untuk menangani penyebaran maklumat palsu, kesalahan maklumat dan penipuan kandungan dalam talian melalui pembangunan suatu standard teknikal untuk mengesahkan sumber dan sejarah atau asal usul kandungan media. Ahli pengasas Adobe, Arm, BBC, Intel, Microsoft dan Truepic berhasrat mewujudkan penyelesaian asal usul yang standard untuk memerangi kandungan yang mengelirukan.
Anggota organisasi C2PA akan bekerjasama membangunkan spesifikasi asal usul kandungan untuk format dan jenis aset yang sama bagi membolehkan penerbit, pencipta dan pengguna mengesan sumber dan evolusi karya media, termasuk imej, video, audio dan dokumen. Spesifikasi teknikal ini akan merangkumi penetapan maklumat yang dikaitkan dengan setiap jenis aset, cara maklumat tersebut disampaikan dan disimpan serta mana-mana bukti manipulasi yang dapat dikenal pasti.
Standard terbuka C2PA akan memberikan platform satu kaedah untuk memelihara dan membaca kandungan digital berasaskan asal usul. Oleh kerana standard terbuka boleh diguna pakai oleh mana-mana platform dalam talian, adalah penting untuk meningkatkan kepercayaan di seluruh rangkaian Internet. Selain daripada rangkuman pelbagai jenis media pada skala yang besar, C2PA mendorong pengalaman asal usul yang lengkap daripada peranti penangkapan hingga kepada pengguna maklumat. Kerjasama dengan pembuat cip, organisasi berita serta syarikat perisian dan platform adalah amat penting untuk memudahkan standard asal usul yang komprehensif dan mendorong penggunaan yang meluas di seluruh ekosistem kandungan.
Pembentukan C2PA menyatukan ahli-ahli yang mengasaskan Content Authenticity Initiative (CAI) yang diketuai oleh Adobe dan Project Origin yang diketuai oleh Microsoft dan BBC dengan menggabungkan spesifikasi teknikal di bawah satu entiti. CAI sedang membina suatu sistem bagi menyediakan asal usul dan sejarah media digital, memberikan suatu kaedah kepada pencipta untuk menuntut kesahihan ciptaan dan memperkasakan pengguna untuk menilai sama ada kandungan yang dilihat adalah boleh dipercayai. Project Origin berasal daripada pengeluaran dan pengedaran berita. Projek ini memberi tumpuan terhadap usaha menangani pemalsuan maklumat dalam ekosistem berita digital dengan menyertakan isyarat pada sesuatu kandungan untuk menunjukkan integritinya serta menjadikan ia tersedia kepada para pengguna. Dengan penubuhan C2PA, standard teknikal akan disatukan sementara kedua-dua entiti ini meneruskan penggunaan, prototaip dan pendidikan dalam komuniti masing-masing.
Pengumuman C2PA yang dibuat hari ini adalah berdasarkan beberapa kemajuan dalam asal usul kandungan, termasuk usaha Project Origin untuk membangunkan saluran bagi pengisyaratan, pensijilan dan pengesanan sejarah kandungan berita; demonstrasi asal usul proses CAI yang pertama dan serba lengkap; serta pembangunan Truepic dalam integrasi teknologi perkakasan perakam gambar pertama pada telefon pintar, yang selamat.
Mereka cipta standard dan teknologi yang boleh mengesahkan sumber dan asal usul kandungan dalam talian merupakan satu langkah ke hadapan yang penting dalam menangani kebimbangan yang semakin meningkat terhadap manipulasi serta pengeluaran berita dan maklumat palsu. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai C2PA boleh memohon melalui membership@c2pa.org.
Pernyataan Eksekutif
Adobe: “Adobe berbangga menjadi ahli yang mengasaskan C2PA bersama-sama rakan kongsi kami dalam teknologi dan media. Dengan kepakaran kolektif kumpulan ini, kami akan mempercepat usaha-usaha penting ke arah membina semula kepercayaan orang ramai terhadap kandungan dalam talian melalui penggunaan standard asal usul yang luas dan terbuka pada skala besar. Kami mengalu-alukan semua pihak untuk menyertai dan mengambil bahagian dalam usaha ini yang begitu penting buat kami semua.”
– Dana Rao, Penasihat Am dan penaja eksekutif Content Authenticity Initiative, Adobe
BBC: “Adalah penting untuk penyedia berita memainkan peranan dalam memerangi pemalsuan maklumat. Kami mengalu-alukan peluang untuk mengambil bahagian dalam usaha integriti asal usul C2PA, yang berpotensi menyokong keyakinan khalayak pada berita, pada saat sumber maklumat yang dipercayai menjadi bertambah penting.”
– Jatin Aythora, Ketua Arkitek, BBC
Microsoft: “Terdapat keperluan penting untuk menangani penipuan yang berleluasa dalam kandungan dalam talian — yang kini didayakan oleh kemajuan AI dan grafik dan tersebar dengan pantas melalui Internet. Perancangan mendesak kami sebagai penyelidik dan pakar teknologi adalah untuk mewujudkan dan memperbaiki pendekatan teknikal dan sosioteknologi untuk menangani cabaran besar pada masa ini. Kami teruja dengan kaedah untuk mengesahkan sumber dan asal usul kandungan dalam talian. Ia suatu penghormatan dapat bekerjasama dengan Adobe, BBC dan ahli C2PA yang lain untuk memacu usaha penting ini ke langkah seterusnya.”
– Eric Horvitz, Ketua Pegawai Saintifik dan penaja eksekutif Project Origin, Microsoft
Truepic: “Truepic ditubuhkan berteraskan prinsip bahawa ketulenan media berasaskan asal usul adalah satu-satunya penyelesaian jangka panjang yang berdaya maju untuk memulihkan kepercayaan terhadap kandungan yang kita lihat dalam talian. Kami amat mempercayai bahawa penggunaan ekosistem menyeluruh melalui standard terbuka adalah penting untuk kesihatan jangka panjang Internet. C2PA akan memperkemas agihan kandungan digital berintegriti tinggi dan berskala besar yang merupakan satu langkah penting bagi memulihkan perasaan masyarakat terhadap realiti kehidupan.”
– Jeffrey McGregor, Ketua Pegawai Eksekutif, Truepic
Tentang Adobe
Adobe mengubah dunia melalui pengalaman digital. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.adobe.com.
Tentang Microsoft
Microsoft (Nasdaq “MSFT” @microsoft) mendayakan transformasi digital untuk era awan dan sisi pintar. Misinya adalah untuk membolehkan setiap orang dan organisasi di planet ini mencapai lebih banyak kejayaan.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Social Media Joint ventures
Source: PRNEWSWIRE