
Xiaomi Mi Ultrasonic Toothbrush – Gigi Lebih Bersih Dengan Berus Gigi Ultrasonik
Xiaomi nampaknya amat agresif membangunkan produk-produk elektronik, produk Mi Ecosystem satu lagi ialah Mi Ultrasonic Toothbrush. Apa yang baru diceburi olehnya ialah Mi Ultrasonic Toothbrush, produk terakhir ini adalah berus gigi ultrasonik yang mampu memberikan sehingga 31,000 gegaran sekaligus memastikan gigi bersih selepas memberus.
Produk kesihatan diri ini menggunakan bulu berkualiti tinggi berteknologi DuPont StaClean. Rekaan yang moden ini mendapat pengiktirafan kalis air (waterproof) IPX7 dengan bateri sebesar 700mAh, mampu bertahan 18 hari lamanya dengan purata 2 kali penggunaan sehari.
Mi Ultrasonic Toothbrush didatangkan bersama dok pengecas kecil boleh dijana menggunakan powerbank, dan saiz dimensi yang kecil sesuai dibawa ke mana-mana tanpa perlu risau. Berus gigi canggih ini dijual dengan tanda harga RMB199 (kira-kira RM126) bermula 18 Julai nanti.