Facebook Kini Mempunyai 2 Ribu Juta Pengguna

Artikel pada bulan April lalu, eRing ada kongsikan jumlah pengguna di Instagram. Terkini, bapa kepada segala aplikasi ini telah mengumumkan pengguna yang aktif log masuk setiap bulan mencatatkan sehingga 2 billion. Facebook telah ditubuhkan pada 13 tahun lepas, pengasasnya menubuhkan laman sosial pada umur 20 tahun telah menenggelamkan MySpace pada ketika itu yang sedang popular.

Melalui kongsian Mark Zuckerberg di laman Facebooknya, beliau gembira rakyat dunia bersatu dan berkongsi perkara dalam satu platfom (Facebook), dan beliau berasa bangga pada pencapaian sekarang.

Tambahan lagi, menurut Mike Nowak, Pengarah Produk, setiap hari seramai 175 juta orang di seluruh dunia berkongsi reaksi “Love” dan lebih daripada 800 juta pengguna “Like” sesuatu di Facebook. Selain, lebih 1 juta orang menggunakan “Groups” setiap bulan.

You might also like