
Bersempena dengan Samsung Galaxy Unpacked 2020, bukan hanya telefon pintar siri Galaxy S20 dan Galaxy Z Flip yang dilperkenal, malahan mereka turut memperkenalkan Samsung Galaxy Buds+.
Jika dilihat dari segi rekaan, tiada perbezaan yang ketara berbanding model terdahulu. Ia tampil dengan keupayaan IPX2.
Menariknya, ia turut dihadirkan dengan dua pemandu audio berasingan bagi bass dan treble dan terdapat 3 mikrofon terbina bagi setiap bud yang memberikan bunyi yang lebih baik.
Terdapat beberapa penambahbaikkan berbanding model terdahulu antaranya adalah jangka hayat baterinya mampu bertahan sehingga 11 jam. ia turut dihadirkan dengan pengecasan tanpa wayar.
Peranti ini bakal dijual pada harga RM599.