
Setelah Huawei nova 2i menerima kemas kini EMUI 8.0 dan Android Oreo 8.0 pada bulan April yang lalu, kini ada berita baik lagi untuk pengguna Huawei nova Lite, nova 2 Plus dan P10 Lite!
Kemas kini EMUI 8.0 dan Android 8.0 boleh diterima mulai sekarang, ciri-ciri menarik termasuk dok navigasi baru yang lebih memudahkan anda, mod 3D pada lockscreen serta peningkatan pada teknologi AI ke dalam pengalaman pengguna turut boleh dirasai oleh pengguna sendiri.

Di samping itu, melalui pembelajaran mesin, perisian EMUI 8.0 mampu memperuntukkan sumber secara dinamik untuk menawarkan lebih banyak ruangan CPU kepada aplikasi yang digunakan. Secara langsungnya akan memberikan pengalaman yang lebih lancar dan efektif.
Pengguna nova Lite, nova 2 Plus atau P10 Lite, bolehlah semak kemas kini pada peranti anda!
Baca Juga:
- Huawei nova 2 Lite VS honor 9 Lite: 10 Perkara Membuatkan Kami Memilih…
- Reviu Eksklusif (Bah 2): Huawei nova 2 Lite, Peranti Seksi ‘Inti’ Berprestasi!
- Reviu Eksklusif (Bah 1): Huawei nova 2 Lite, Rupa Premium Harga Minimum

