
[Khabar Angin] Antutu Menunjukkan Paparan Skrin Hampir Penuh 18:9 Milik Sony Xperia H8266

Sebelum ini, Sony Xperia H8266 menjadi tumpuan ramai apabila Geekbench berkongsi keputusan mengenai ujian benchmark-nya. Hari ini, telefon pintar ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila Antutu juga telah berkongsi gambar mengenai spesifikasi peranti ini.
Melalui gambar yang ditunjukkan oleh Antutu, Xperia H8266 bakal dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo serta dikuasakan bersama pemproses Snapdragon 845 dengan chipset Adreno 630.
Apa yang menariknya, ia adalah model pertama milik Sony yang hadir dengan paparan skrin hampir penuh 18:9 dengan resolusi 2160×1080 piksel. Dari segi memori pula, Xperia H8266 dilengkapi RAM 4GB dengan storan 64GB ROM.

Sony yang turut mengambil tempat pada pameran MWC 2018 yang akan berlangsung pada 26 Februari 2018 ini. Adakah model Xperia H8266 bakal diperkenalkan? Sama-sama nantikan pengumuman rasmi dari Sony nanti!

