5 Produk Terbaru Acer Tiba Di Malaysia

DSC_0164Acer hari ini memperkenalkan barisan produk terbarunya untuk pasaran Malaysia. Menampilkan teknologi inovatif baru iaitu Acer LiquidLoop, penyejukan tanpa kipas, rekaannya juga telah diperbaharui. Notebook yang hangat diperkatakan, Switch Alpha 12 merupakan notebook pertama yang diperkenalkan tidak mempunyai kipas dan dikuasakan oleh tiga pemproses berbeza.

Di antara produk yang dilancarkan oleh Acer Malaysia adalah Aspire S 13, Aspire R 15, siri Aspire E & F serta Acer R1.

1. Acer Switch Alpha 12

Harga : bermula RM 2,499
Harga : bermula RM 2,499

Acer Switch Alpha 12 memberi ciri terbaik yang ada pada rangkaian produk Switch 2 dalam 1 Acer. Ia turut ditambah dengan ciri-ciri baru seperti rekaan tanpa kipas, papan kekunci ultra nipis yang boleh dilekatkan dan prestasi pemproses terkini Intel Core Generasi ke-6. Switch Alpha 12 hadir dengan paparan skrin sentuh berukuran 12 inci dengan resolusi 2160 x 1440 piksel yang cukup mengagumkan.

01. Acer Switch Alpha 12

2. Acer Aspire S 13

02. Acer Aspire S 13 1
Harga : bermula RM 2,799

 

Menampilkan ketebalan hanya 14.58mm, Aspire S 13 merupakan komputer riba paling nipis di dunia bersaiz 13.3 inci dan seberat 1.3kg. Nikmati penggunaan Acer Aspire S 13 selama 13 jam tanpa perlu dicas semula. Malah kehadiran teknologi Acer TrueHarmony mampu menghasilkan kualiti audio yang jernih dan jelas.

02. Acer Aspire S 13

 

3. Acer Aspire R 15

Harga : RM 2,999
Harga : RM 2,999

03. Acer Aspire R 15 2Acer Aspire R 15 adalah sebuah peranti yang boleh diputar sehingga 360 darjah yang tampil dengan empat mod berbeza. Pernah menerima anugerah Red Dot : Reka Bentuk Produk 2016 mengiktiraf kecemerlangannya dalam menggabungkan aspek reka bentuk dan kegunaannya, di mana komputer riba ini boleh diratakan sehingga 180 darjah.

03. Acer Aspire R 15

 

4. Acer Aspire E 14

Harga : bermula RM 2,199 & RM 2,399
Harga : bermula RM 2,199 & RM 2,399

04. Acer Aspire E 14 & Aspire E 15

5. Acer Aspire F 15

Harga : bermula RM 2,699
Harga : bermula RM 2,699

Acer Aspire E dan Aspire F menawarkan prestasi terbaik dengan pemproses Intel Core Generasi ke-6. Nikmati pengalaman lebih baik menerusi MIMO multi pengguna, pindahan data lebih pantas dengan DDR4 serta sambungan Internet pantas tanpa wayar. Malah rekaan yang menarik juga hadir dengan pelbagai pilihan warna menggoda serta corak tekstil dengan permukaan metalik. Kedua-dua siri ini juga hadir dengan ciri-ciri baru seperti Acer ExaColor, Acer TrueHarmony, Skype untuk bisnes dan Webcam dengan HDR. Aspire F turut menyediakan sokongan kabel USB 3.1 Type-C.

05. Acer Aspire F 15

6. Acer R1 Series

06. Acer R1  Series 1
Harga : bermula RM 479

Siri Acer R1 tampil dengan ketebalan hanya 6.6mm dengan bezel ZeroFrame hanya 0.1mm untuk memaksimumkan pengalaman menonton. Resolusi HD penuh dan teknologi IPS telah diserikan dengan teknologi kesihatan mata yang dipanggil Acer Flicker-less dan BluelightShield. Hadir dalam tiga saiz berbeza, iaitu 21.5 inci, 23.8 inci dan 27 inci, siri R1 juga mudah untuk disambungkan dengan VGA, DVI dan juga HDMI.

Pelancaran siaran langsung dari eRing:

 

You might also like