
Lenovo yang merupakan jenama kini telah melancarkan 1 lagi produk iaitu IdeaCentre AIO A340 bagi pasaran Malaysia. Ia dijual pada harga Bermula dari RM1,999.
Peranti ini tampil dengan pemproses generasi ke-8 intel Core i5-8400T dan sehingga 1TB ruang cakera (disk space) pasti memaparkan prestasi yang baik. Dari aspek paparan juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan 90% nisbah skrin ke kerangka. Dengan bahagian sisi yang sangat nipis iaitu 9.5mm dan bezel nipis memberikan kepuasan paparan pada pengguna.
AIO A340 tampil dengan rekaan yang unik dengan kedudukan pemegang asimetri yang unik dan bergaya namun masih kukuh. Lebih menakjubkan apabila pemegang boleh memastikan meja bebas daripada kekacauan dengan kabel yang terbina bagi mengelak sebarang kelonggaran wayar.
Ia juga tampil dengan pembantu digital Lenovo yang dikenali sebagai Cortona. Ia pastinya dapat memudahkan anda sama ada untuk mengjawab soalan, peringatan tetapan dan pelbagai lagi.
Desktop ini kini tersedia di seluruh negara di Lenovo Malaysia e-commerce store dan di semua Lenovo exclusive stores (LES). Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang Lenovo.