Barisan Baru Siri Playstation Hits Bakal Diperkenal Pada 27 Jun 2019 – Horizon Zero Dawn, God Of War III Remastered & Nioh

Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES) mengumumkan barisan baru untuk permainan siri PlayStation Hits bakal dipernalkan pada 27 Jun 2019. Permainan termasuklah Horizon Zero Dawn Complete Edition, God Of War III Remastered dan Nioh.

Lebih menarik, permainan ini dijual pada harga menarik iaitu serendah RM79 untuk edisi fizikal dan terdapat logo Playstation Hits berwarna merah pada kotak bungkusan permanainan bagi memudahkan pembeli mengenal pasti.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan permainan tersenarai menerusi beberapa saluran berbeza seperti PlayStation Store atau mana-mana pengedar rasmi Playstation. Maklumat lanjut, layari Playstation.

You might also like