Lenovo ThinkBook 13s Kini Tersedia, Dijual Pada Harga bermula dari RM4369!! Berbaloi Dimiliki

Lenovo merupakan pengeluar PC terkemuka dunia kini telah melancarkan ThinkBook 13s terbaharunya di Malaysia dengan harga jualan bermula dari RM4369.00.

ThinkBook 13s ini didatangkan dengan Windows 10 yang sangat sesuai bagi generasi muda pada ketika ini. ThinkBook 13s ini tampil dengan rekaan yang sangat bergaya. ThinkBook 13s hadir dengan generasi ke-8 intel Core Prosessor, sntadard SSD, grafik yang menakjubkan disebabkan oleh Intel UHD 620 atau discrete AMD Radeon™ 540X. Ia turut disertakan dengan Rapid Charge yang mana ia boleh dicas sehingga 80% dalam masa 1 jam.

ThinkBook 13s ini direka dengan keupayaan untuk bukaan sehingga 180°. Dengan bezel yang sangat nipis memberikan kepuasan tontonan kepada pengguna. hadir dengan aluminium and magnesium metals dengan sentuhan akhir ‘Mineral Grey’ dan sangat ringan iaitu hanya 1.34kg.

Dalam pada itu, ia juga tampil dengan ciri keselamatan yang baik iaitu Satu langkah pengesahan dan power-on dengan pembaca cap jari sentuhan, Discrete TPM 2.0 yang membenarkan ciri keselamatan Windows 10 dan pengguna penyulitan data pengguna. ThinkShutter™ camera cover bagi kawalan privasi turut disertakan dan Engsel dilapisi dalam indium metal untuk mengurangkan gangguan WiFi

Terdapat beberapa ciri lain pada ThinkBook 13s ini. Antaranya ialah:

  • Bunyi yang sangat kuat dan jelas dari Dolby Audio menerusi HARMAN speakers
  • Paparan FHD premium dengan Dolby Vision bagi visual yang sangat menakjubkan
  • Paparan kekunci dengan Spill resistant yang direkan untuk menahan sehingga 60cc cecair
  • Jangka hayat bateri sehingga 11 jam dan RapidCharge

ThinkBook 13s turut tampil dengan pelbagai sambungan waranti dan peningkatan seperti sokongan perniagaan hari berikutnya dan Perkhidmatan Jaminan Antarabangsa untuk mengurangkan sebarang downtime.

ThinkBook 13s kini tersedia di Lenovo exclusive stores (LES) di seluruh negara dan secara atas talian. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang Lenovo.

You might also like