Wow! Samsung Electronics Jalin Kerjasama Dengan BTS!

Samsung Electronics secara rasminya menjalin kerjasama dengan kumpulan K-Pop popular, BTS untuk pemasaran peranti terbarunya. Difahamkan, ia sebagai inisiatif projek seni global band boy – “Connect, BTS” dengan kerjasama kurator dari lima bandar utama termasuk London, Berlin, Buenos Aires, Seoul dan New York. Bertujuan menghubungkan orang ramai dari seluruh dunia melalui seni.

Samsung akan menyediakan pengalaman realiti terimbuh (AR) dipanggil sebagai ‘AR Docent’ yang boleh dimuat turun ke peranti pengguna Galaxy. Ia akan membolehkan pengguna menikmati mengalami ruang pameran “Connect, BTS” dalam realiti maya.

Menerusi alat ini, ahli BTS iaitu RM, Jin, dan Jungkook akan muncul dan memberi arahan untuk menggunakan alat terswebut. Pengguna juga boleh mengambil gambar dengan ahli yang muncul di AR.

Tidak ketinggalan, terdapat juga khabar angin bertiup mengatakan berkemungkinan bakal muncul peranti siri Galaxy edisi khas BTS. Sumber juga berkata, kerjasama ini bukan kontrak model mudah sebaliknya, jalinan yang berterusan.

Nampaknya, kita boleh mengharapkan lebih banyak projek dari Samsung & BTS dalam masa terdekat ini.

Terdahulu, salah seorang anggota kumpulan BTS iaitu V telah muncul pada acara Samsung Galaxy Unpacked 2020 – sekaligus ramai berspekulasi Samsung mungkin mempunyai sesuatu yang istimewa untuk diumumkan.

You might also like