Android Nougat Rasmi Pada Peranti…Bukan Nexus

Pasti ramai sudah tahu berkenaan Android Nougat, ia merupakan versi sistem operasi Android terbaru dan kali ini Google melancarkannya dengan cara yang sedikit berbeza.

Pada kebiasaannya Google akan melengkapkan sistem operasi pada peranti Nexus, namun ini tidak berlaku buat Android Nougat. Sebelum ini kita pernah mendedahkah tarikh perlancaran LG V20, kini sudah pun diperkenalkan dan ia merupakan peranti baru pertama secara sah dilengkapi Android Nougat.

2Selain dilengkapi Android Nougat, LG V20 juga hadir dengan pelbagai ciri menarik, salah satunya adalah setup dwi lensa pada kamera utama. Bukan lensa sahaja yang datang berpasangan pada model terbaru ini, malah pada panel hadapan anda dapat melihat satu ciri yang dahulu disertakan LG V10, iaitu dwi paparan. Pada bahagian atas skrin utama, anda dapat melihat informasi penting seperti masa, tarikh, notifikasi dan lain-lain dipamerkan pada skrin berasingan yang sentiasa aktif.

4Spesifikasi lain LG V20 adalah ia dilengkapi skrin 5.7″ Quantum IPS QHD, pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4GB dan ROM 64GB. Sistem audio peranti ini pula dilengkapi dengan DAC dan talaan Bang & Olufsen yang meningkatkan kualiti bunyi. Buat masa sekarang kita harus menunggu pengumuman dari LG tentang tarikh dan harga untuk pasaran Malaysia, buat sementara itu anda boleh ‘cuci mata’ dengan menonton video produk LG V20.

 

You might also like