YES Membuka Tempahan Samsung Galaxy Note 8

- Iklan -

KEMAS KINI!!!

Potongan harga sebanyak 50%! Dapatkan Samsung Galaxy Note8 dengan tawaran harga RM1,899 (harga asal RM3,999) apabila anda membuat pra-tempah dengan YES.

Nikmati 50GB data 4G LTE sepanjang hari + percuma unlimited Yes-to-Yes VoLTE calls + SMS hanya RM61.33/sebulan dengan pelan YES 4G LTE Postpaid 128.

Atau nikmati 30GB data 4G LTE sepanjang hari + percuma unlimited Yes-to-Yes calls + SMS hanya RM54.67/sebulan dengan pelan YES 4G LTE Postpaid 88.

Terima hadiah percuma semasa pra-tempah seperti Samsung Protection Plus (bernilai RM298), 5100mAh Battery Pack (bernilai RM269) dan clear cover.

Secara keseluruhannya, semasa anda membuat pra-tempah Samsung Galaxy Note8 dengan YES, anda dapat menikmati hadiah menarik bernilai sebanyak RM2,667!

 

Seperti yang sedia maklum negara yang akan menerima gelombang pertama ketibaan Samsung Galaxy Note 8 antaranya ialah Malaysia. Baru-baru ini juga Galaxy Note 8 juga telah dinobatkan sebagai peranti dengan paparan skrin paling terbaik. Oleh itu, YES Malaysia membuka tawaran ini kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memiliki salah sebuah peranti yang tercanggih buat masa ini.

Dengan harga yang disyorkan iaitu RM3,999 seunit, pelanggan YES 4G akan ditawarkan dengan pakej pelan pascabayar yang sudah tentu harga telefon terbabit akan dikurangkan. Jika anda berminat untuk memiliki Samsung Galaxy Note 8, YES membuka pra tempah ini di laman atas talian bermula 5 September depan.

Bagaimanapun, YES akan mengemas kini maklumat selanjutnya di laman rasmi mereka dalam masa terdekat ini. Jadi, kita nantikan saja maklumat seterusnya dari mereka kelak.

You might also like