Pen Stylus Magnetik + Dwi-Kamera?! Gambar Acah Samsung Galaxy Tab S6 Tertiris!

Samsung sebagai pengeluar utama dalam pasaran peranti mudah alih, selain memfokuskan pada aliran telefon pintar mereka, pengeluaran tablet nampaknya juga tidak diabaikan oleh mereka.

Terbaru sebilangan gambar acah yang memperlihatkan Samsung Galaxy Tab S6 tertiris di laman sesawang, apa yang menarik perhatian adalah rekaan tablet baharu ini di mana ia mempunyai sebuah pen stylus yang boleh dilekatkan pada panel belakang.

Tambahan lagi, kamera pada panel belakang turut hadir dengan dwi-kamera sekaligus menjadikannya tablet pertama yang ada spesifikasi ini. Walaupun maklumat selanjutnya tidak diberitahu, namun dikhabarkan akan melengkapi skrin 10.5 inci di bawah sistem pengoperasian Snapdragon 855.

Jika berminat boleh ikuti maklumat selanjutnya dari kami ya.

[ SUMBER ]

 

You might also like