Coolpad Cool M7 Dilancarkan Bersama Snapdragon 625

Coolpad sebuah jenama dari China telah melancarkan satu model baru yang diberi nama Cool M7. Telefon pintar ini menerima skrin bersaiz 5.5 inci HD penuh bersama gelas melengkung 2.5D. Kuasa yang disalurkan datang daripada set cip Qualcomm Snapdragon 625 beserta RAM sebesar 4GB dan ruang storan seluas 64GB.

Rekaan yang hampir sama dengan iPhone 7 Plus ini memuatkan kamera 13 Megapiksel f/1.8 di belakang. Manakala, di panel depan terdapat sensor kamera 13 Megapiksel f/2.2 aperture hadir dengan butang utama juga berbentuk bulat. Kerangka badan yang menggunakan bahan berasaskan aluminium ini dipadatkan bersama bateri sebesar 3,200mAh membolehkan sistem operasi Android 7.1.1 Nougat dihidupkan.

Kelengkapan lain turut dibekalkan dengan unit pengecasan USB Type-C, dwi band Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth v4.2 serta sokongan sambungan 4G LTE. Setakat ini, Coolpad Cool M7 hanya dijual di laman atas talian JD.com pada harga CNY2,699 (lebih kurang RM1,736) sebuah.

You might also like