Adakah Ini Sekeping Kaca Atau Xiaomi Mi Mix 2?

Pada tahun 2016, Xiaomi telah memulakan pembinaan telefon pintar dengan rekaan hampir tiada bingkai. Peranti itu telah dikomersialkan di serata dunia, termasuk Malaysia. Kehadirannya juga agak memeranjatkan kerana ia adalah keluaran syarikat dari China dan bukannya seperti syarikat-syarikat besar yang lain.

Setelah hampir setahun ia dipasarkan, kini generasi kedua pula akan diperkenalkan tidak lama lagi. Video teaser yang disebarkan oleh pereka asal Mi Mix, Philippe Starck di Facebooknya memaparkan Xiaomi Mi Mix 2 akan hadir dengan rekaan yang lebih gempak dengan bingkai yang lebih nipis bersama sudut bucu yang tidak bersegi lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=qWv1rbn2Ohg

Xiaomi Mi Mix 2 dikhabarkan akan dilengkapi cip pemproses Snapdragon 835, RAM setinggi 6GB, dan paparan jenis AMOLED. Di bahagian dagu depan dimuatkan sensor kamera 16 Megapiksel bersama bateri berkapasiti 4,500mAh. Telefon pintar canggih ini dijangka bertemu pengguna pertengahan bulan hadapan pada harga sekitar CNY4,999 kira-kira RM3,215 selepas tukaran mata wang semasa.

Jadi, sanggupkah anda mengeluarkan sejumlah wang untuk Mi Mix 2?

You might also like