
[Ura-Ura] : Nubia Bakal Hadir Dengan Red Magic 3 Versi Snapdragon 855 Plus?
Kemunculan cip pewaris baru Qualcomm iaitu Snapdragon 855 Plus ternyata mendapat perhatian ramai pengeluar utama telefon pintar dari China yang dilihat tidak henti-henti memberi petunjuk bakal melancarkan peranti dengan cipset tersebut.

Nubia juga dilihat tidak ketinggalan apabila hadir dengan poster acah mendakwa mereka mungkin melepaskan Red Magic 3 yang ‘dibungkus’ dengan Snapdragon 855 Plus. Poster tersebar telah dikongsi oleh pihak ZTE menerusi laman Weibo – dengan perkataan “coming soon”.

[BACA : ASUS ROG Phone 2 Bakal Hadir Dengan Qualcomm Snapdragon 855+ ]
Benar atau tidak? Apa kata anda? Pun begitu, tiada sebarang maklumat lanjut yang diperoleh. Maklumat tertiris masih lagi rumors. Dalam pada itu, antara syarikat lain yang turut memberi petanda adalah Black Shark, Realme, Vivo, dan Lenovo. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

