
Artisto, Aplikasi Fotografi Mirip Prisma?
https://www.youtube.com/watch?v=LhOH91DYph0
Prisma, sebuah aplikasi fotografi yang paling banyak dimuat turun di Malaysia pada bulan lepas. Ia mampu mengubah gambar biasa yang diambil menjadi hasil seni dengan karya artis terkemuka seperti Van Gogh, Picasso dan juga Monet.
Terdapat sebuah aplikasi seakan sama dengan Prisma, dikenali sebagai Artisto. Apa yang membezakan kedua-duanya adalah aplikasi Artisto khas untuk mengedit video. Pengguna boleh memilih sebanyak 17 filters yang mampu memberikan lakaran yang unik dan menarik. Di antara filters yang boleh digunakan seperti Prisma, Patrick, Picasso, Mosaic, Neural Art dan beberapa lagi.
Bagaimana ianya berfungsi? Hanya membuat rakaman video yang diinginkan, kemudian gunakan filters yang tersedia. Tadaaaaa… Jangan lupa untuk kongsikan hasil video anda bersama rakan-rakan di laman sosial.
Muat turun aplikasi ini secara percuma pada peranti Android dan iOS sekarang!

