
Disney Mix, Aplikasi Mesej Sosial Dari Disney
Disney merupakan salah satu jenama yang popular di kalangan seisi keluarga terutamanya bagi kanak-kanak. Kini, Disney turut hadir dengan sebuah aplikasi mesej sosial sendiri yang memfokuskan kepada perkhidmatan permesejan mesra keluarga.
Berbeza dengan perkhidmatan seperti WhatsApp mahupun Telegram, Disney Mix menawarkan pelbagai fungsi tambahan termasuk kebolehan membuat avatar tersendiri, berkongsi sticker, bermain permainan di dalam aplikasi ini dan beberapa lagi fungsi lain.
Setiap ruangan sembang juga tersedia dengan pemantauan tersendiri supaya pengguna tidak melanggar peraturan seperti menggunakan bahasa tidak sopan dan sebagainya. Sekira melanggarnya, pengguna akan dihalang daripada terus mengakses untuk sementara atau dihalang daripada menggunakan Disney Mix selamanya.
Disney Mix ini boleh dimuat-turun pada Android dan iOS secara percuma mulai sekarang.


