OPPO Find X2 Lite Kini Diperkenalkan – Hadir Dengan Snapdragon 765 & Kamera Utama 48MP!!

Jenama pintar popular, OPPO, kini telah memperkenalkan satu lagi model yang dikenali sebagai OPPO Find X2 Lite dan bakal dijual pada harga RM2376!

Peranti ini tampil dengan rekaan menawan khusus di bahagian skrin apabila ia tampil dengan skrin bersaiz 6.4″ OLED dan hadir dengan 60Hz.

Apa yang pasti kuasa dalaman juga adalah sangat baik bagi kelasnya apabila ia dihadirkan dengan Snapdragon 765 dan dipadankan dengan 8GB dan storan 128GB.

Jika dilihat dari aspek kamera pula, ia dihadirkan dengan sistem 4 kamera bagi kamera utama iaitu 48MP + 8MP + 2MP + 2MP. Manakala bagi kamera hadapan pula, ia disertakan dengan 16MP!

Kapasiti bateri juga agak besar apabila ia disertakan dengan 4025mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas VOOC 4.0. Menariknya, ia mampu mengecas sehingga 50% dalam masa 20 minit. Peranti ini tampil dengan2 varian warna iaitu Midnight Black dan Pearl White.

 

You might also like