Xiaomi Lancar Mi 9 Pro 5G Baharu – Hadir Dengan Sokongan 5G Dan Spesifikasi Yang Dipertingkat!

Buat peminat jenama peranti pintar Xiaomi, ini ada berita menarik untuk anda. Xiaomi tadi baru sahaja melancarkan peranti terbaharu iaitu Mi 9 Pro 5G yang dijual pada harga bermula dari 3,699 yuan (kira -kira RM2176).

Tampil dengan spesifikasi yang menakjubkan apabila ia hadir dengan skrin 6.4-inci Super AMOLED FHD+. Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 855+ dan dipadankan dengan memori 8GB / 12GB dan storan sebesar 128GB / 256GB / 512GB.

Kamera juga sama seperti Mi 9 apabila ia dihadirkan dengan 48MP + 16MP + 12MP bagi kamera belakang dan 20MP bagi kamera hadapan.

Bateri juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 4000mAh dan sokongan pengecasan pantas 40W dan Mi Charge Turbo 30W (Wireless).

Dalam pada itu, peranti ini turut menerima sokongan 5G dengan 7 antena dan sistem penyejukan berasaskan cecair.

Menariknya lagi, ia turut dihadirkan dengan sokongan tindak balas haptik. Peranti ini bakal dijual pada harga seperti berikut:

  • 8GB + 128GB: RMB3,699 (kira-kira RM2176)
  • 8GB + 256GB: RMB3,799 (kira – kira RM2235)
  • 12GB + 256GB: RMB4,099 (kira -kira RM2411)
  • 12GB + 512GB: RMB4,299 (kira-kira RM2529)

____________________________

Artikel Berkaitan:

 

You might also like