Xiaomi Perkenal Mi Mix Alpha – Hadir Dengan Skrin Menyeluruh & Kamera 108MP!!!

Bukan itu sahaja, Xiaomi turut memperkenalkan 1 lagi peranti unik terbaharunya yang dikenali sebagai Xiaomi Mi Mix Alpha.

Uniknya peranti ini tampil dengan skrin yang meliputi hampir keseluruhan peranti ini yang dikenali sebagai Surround Display. Ia hadir dengan nisbah skrin ke kerangka iaitu 180.6 darjah. Bahagian sisi peranti ini pula dihadirkan dengan sokongan Haptic touch dan rekaan band RF.

Peranti ini dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 855+ dan dipadankan dengan RAM sebesar 12GB dan storan sebesar 512GB.

Peranti ini dihadirkan dengan 108MP + 20MP + 12MP bagi kamera utama. Peranti ini tidak dihadirkan dengan kamera hadapan. Disebabkan bahagian belakang turut dihadirkan dengan skrin, maka swafoto boleh dilakukan menerusi kamera belakang.

Peranti ini bakal dihadirkan dengan kapasiti bateri sebesar 4050mAh dan Pengecasan Pantas 40W.

Peranti ini dijangka bakal dijual pada harga RMB19999 (kira-kira 11770).

Dalam pada itu, Xiaomi turut memperkenalkan Mi TV Pro. Hadir dengan3 varian saiz skrin iaitu 48 inci. 55 inci dan 65 inci. nisbah skrin ke kerangka adalah 97%. Turut dihadirkan dengan RAM sebesar 2GB dan storan sebesar 32GB. Audio pula hadir dengan Dolby Audio dan DTS.

Harga jualan Mi TV Pro:

  • 43 inci: RMB1499 (kira – kira RM882)
  • 55 inci: RMB2399 (kira-kira 1411)
  • 65 inci: RMB3399 (kira-kira RMB2000)

 

____________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like