OPPO Kini Berada Di Tangga Teratas Pasaran Telefon Pintar Asia

Jenama yang tidak asing lagi di Malaysia, OPPO mengumumkan kini mereka berada di carta paling teratas untuk pasaran telefon pintar di Asia. Sebanyak 15% penjualan telefon pintar di rantau ini termasuk Malaysia telah disumbangkan kepada OPPO. Jika kenyataan ini membuatkan anda masih tidak percaya, lihat info grafik di bawah :

Pada tahun 2017 yang lalu, OPPO telah melancarkan telefon pintar selfie dengan teknologi AI Beauty Recognition. Sejak ciri ini dipekenalkan pada telefon pintar terbaru mereka, angka penjualan telah melonjak naik. Ini sekaligus menjadikan mereka jenama paling dipercayai di Asia yang rata-rata dimonopoli oleh Samsung untuk pasaran dunia.

Pada masa sama, OPPO Malaysia turut berkongsi mengenai penjualan peranti OPPO F5 yang kini telah berjaya dijual empat kali ganda lebih tinggi berbanding model terdahulu OPPO F1s. Tidak kurang hebatnya, berdasarkan laporan Google Malaysia mendapati kata kunci “OPPO F5” adalah carian paling banyak untuk “Telefon pintar Android” dalam pelayar selama lima minggu selepas ia dilancarkan.

Jika ia benar, tidak mustahil anda yang sedang membaca artikel ini adalah sebahagian besar pengguna OPPO.

You might also like