
[ Tertiris Lagi ] Hands-On Samsung Galaxy S10+!
Siri Samsung Galaxy S10 masih tinggal seminggu lagi untuk bertemu dengan peminatnya, baru-baru ini satu video hands-on tertiris di laman sesawang dengan penggunaan pelindung skrin yang sangat pelik.
[ Ujian Benchmark Menunjukkan Samsung Galaxy S10 Dengan Pemproses Exynos 9820 Paling Berkuasa Di Antutu! ]
Melalui video hands-on tersebut, jelas memperlihatkan Galaxy S10+ mempunyai skrin yang agak besar seperti yang dilaporkan semalam (Baca: Spesifikasi Lengkap), dan ia dilihat agak susah untuk dipegang terutamanya pengguna wanita.
Disebabkan siri Galaxy S10 ini akan hadir dengan sokongan pengimbas cap jari dalam skrin, oleh itu supaya sistem keselamatan ini boleh berfungsi baik satu pelindung skrin khas disediakan. Tetapi rekaan ini nampaknya agak pelik kerana sebuah lubang khas berada di kawasan imbasan jari, sekaligus lubang untuk dwi-kamera hadapan juga dapat dilihat.
[ Lebih Sempurna?! Samsung Galaxy A90 Bakal Tampil Dengan Rekaan Pop Up Kamera?! ]
Tidakkah rekaan ini nampak pelik? Buat masa sekarang kami masih tidak ketahui pelindung skrin ini adalah dari pihak ketiga atau Samsung sendiri, hanya perlu menanti 21 Februari ini untuk jawapan yang sebenar.

