WWDC 2017: Pengenalan iMac Pro, Terhebat & Terbaik!

Ini adalah produk keluaran terbaru oleh Apple, dikenali sebagai iMac Pro yang bewarna Space Grey (warna baru) dengan ciri-ciri prestasi serta paparan yang hebat dan terbaik. Paparan 27 inci ini menerima resolusi sehingga 5K serta dimuatkan dengan pemproses Intel Xenon 8 dan 10 teras malah pilihan sehingga 18 teras juga turut disediakan. Selain itu, kapasiti RAM pada iMac Pro diberikan sebanyak 128GB dan ruang storan SSD sebesar 4TB.

Komputer yang dikategorikan sebagai ‘work station’ ini juga didatangkan dengan Radeon Vega, menawarkan 11 TFLOPS dan 22 TFLOPS yang berfungsi sebagai pembelajaran mesin. Sambungan pada iMac Pro ini adalah yang pertama seumpamanya menyokong sehingga 10GB Ethernet serta empat bicu Thunderbolt, dua untuk paparan 5K luaran dan dua lagi untuk tatasusunan RAID. Tidak ketinggalan kamera FaceTime menyokong 1080p dan bicu UHS-II, serta dibina dengan penyejuk dalaman yang dikonfigurasikan oleh dua kipas bagi menstabilkan suhu.

Jika kesemua perkakasan ini hebat-hebat belaka, maka tidak mustahil harga yang ditawarkan juga tinggi belaka. iMac Pro Intel Xenon 8 teras dijual pada harga bermula USD5,000 (kira-kira RM21,400), Apple menyatakan bahawa model ini akan bertemu pengguna selewat-lewatnya akhir tahun ini.

 

Anda berminat:
You might also like