Vivo Perkenal Identiti Jenama Visual Baru

 


Baru-baru ini, Vivo telah memperkenalkan identiti jenama visual baru untuk menandakan inovasi syarikat telah bergerak ke seluruh dunia. Identiti jenama visual baru ini termasuklah logo syarikat, warna jenama Vivo yang unik dan tulisan eksklusif bahasa Cina dan Inggeris.

Vivo telah berkerjasama dengan pereka dari Denmark, Bo Linnemann untuk mereka logo baharu ini. Ia disertakan dengan garisan dan bucu yang tajam yang menandakan semangat ke hadapan Vivo.

Vivo juga telah mendedahkan Fon bahasa Inggeris Vivotype yang mana ia didatangkan dengan 6 weights dan 2 widths dan bahasa Cina pula ialah 2 weights bagi memastikan ia boleh diadaptasi di pelbagai negara dan bahasa. bahasa Inggeris dan Cina ini masing-masing telah direka oleh Bo Linnemann dan Qiu Yin.

Penjenamaan baharu ini akan di kemas kini pada sistem VI dan akan dilancarkan di saluran offline dengan segera.

Baca juga: 

You might also like