[Khabar Angin] Nokia 10 Bakal Hadir Dengan 5 Kamera

Nokia 8

Kita sedia maklum jenama Nokia kini sedang meningkat semula. Pada tahun lepas, beberapa model baharu telah diperkenalkan sekaligus telah menarik tumpuan para peminat mereka seluruh dunia. Di Malaysia, peranti Nokia dengan spesifikasi tertinggi hanya ditawarkan pada model Nokia 8. Dengan perkakas dalaman berprestasi tinggi, ia dijual pada harga dia atas RM2,000.

Terbaru, menurut sumber di China, Nokia mungkin bakal tampil dengan telefon pintar terbaharu Nokia 10 pada tahun ini. Laman sosial Baidu juga mengatakan model ini akan didatangkan dengan lima sensor kamera diposisikan secara bentuk bulat. Selain itu, ia mungkin dipadankan dengan dua LED flash dan pengimbas cap jari disamping lensa kamera.

Khabar angin daripada sumber turut menambah bahawa peranti ini akan diperkenalkan di IFA 2018 pada bulan September akan datang. Tambahan, ia didatangkan dengan cip pemproses Snapdragon 845 yang membolehkan cip ini menyokong sensor kamera sehingga 32 Megapiksel serta rakaman video 4K dwi PDAF.

Apa-apapun kita tunggu sahaja sehingga khabar angin selanjutnya.

Sumber

You might also like